Terbaik dari Langit (filem)

Terbaik Dari Langit (Tulisan Jawi: ترباءيق دري لاڠيت; Bahasa Inggeris: Nova)[4] merupakan sebuah filem kembara fantasi cereka sains dan komedi drama Malaysia 2014[5] arahan Nik Amir Mustapha terbitan bersama Astro Shaw dan Playground Films. Ia dibintangi oleh Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Sharizal, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani dan Siti Saleha. Filem ini mengisahkan seorang jejaka bernama Berg (Bront Palarae) yang merancang sebuah pengembaraan bersama empat rakannya untuk mencari kebenaran mengenai kisah UFO. Namun, di sebalik perjalanan yang jauh itu, mereka akhirnya menyedari sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sebelumnya.[6]Filem ini ialah filem terakhir lakonan Seniman Datuk Aziz Satar, yang meninggal dunia pada 6 Mei 2014, tujuh bulan sebelum keluaran tayangan rasmi. Filem ini ditayangkan kepada umum pada 25 Disember 2014. Terbaik Dari Langit memenangi Filem Terbaik di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015.[7] Filem ini turut memenangi tiga anugerah dari dua belas pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27 (termasuk Anugerah Khas Juri).

Terbaik dari Langit (filem)

Bahasa Melayu
Disunting oleh Rewan Ishak
Muzik oleh Pitahati
Lakon layar oleh Redza Minhat
Pengarah Nik Amir Mustapha
Penerbit Tuan Faisal Azmy Tuan Kob
Mohamed Kabir (eksekutif)
Gayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Najwa Abu Bakar (eksekutif)
Penulis Redza Minhat
Tuan Faisal Azmy Tuan Kob
Nik Amir Mustapha
Pecah panggung RM0.42 juta [3]
Mula ditayangkan 25 Disember 2014 (2014-12-25)
Syarikatpenerbitan
Astro Shaw
Playground Productions[1]
Sinematografi Jordan Chiam
Tempoh tayangan 109 minit
Dibintangi oleh Bront Palarae
Iedil Putra
Amerul Affendi
Megat Sharizal
Nadiya Nisaa
Sharifah Amani
Siti Saleha
Negara Malaysia
Pengedar GSC Movies
Perbelanjaan RM1 juta[2]